mcmc
Kisah Kejayaan

USAHAWAN KG MEMPATEH-KHALIJAH BINTI ISMAIL

Nama

KHALIJAH BINTI ISMAIL

Umur

38 Tahun

Email

khalijah@gmail..com

No. Telefon

0179588438

Alamat

kampung Mempateh 28500 Lanchang Pahang Darul Makmur.

Tahun menjadi Ahli PI1M

20 Januari 2019

Latar belakang

Khalijah Binti Ismail merupakan anak kelahiran Kg Mempateh yang telah mengusahakan kedai menjual santan kelapa yang telah dimesin menjadi santan segar  sejak beberapa tahun yang lalu. Ibu kepada 5 orang anak ini pada asalnya merupakan suri rumah sepenuh masa. Menurutnya, beliau bosan duduk dirumah dan ingin menjual untuk menambah pendapatan keluarganya. Tercetusnya idea untuk menjual santan kelapa ini apabila beliau melihat tiada lagi orang kampung disini menjual santan kelapa ini. Beliau membeli mesin untuk memerah kepala dan memulakan dengan kecil-kecilan dahulu sampailah sekarang menjadi makin maju.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum adanya Pusat Internet ini,beliau mengalami kesukaran untuk mempromosikan produknya, hanya orang kampung  yang sering menjadi pelanggannya Ada kalanya pendapatannya kurang kerana tiada pelanggan kecuali musim perayaan atau kenduri ada pelanggan untuk  membelinya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Wujudnya Pusat internet ini,serba sedikit dapat membantu beliau untuk mempromosikan produknya kepada orang ramai selain daripada penduduk kampung. Beliau juga mengikuti kelas usahawan untuk memahirkan lagi kemahiran dalam bidang perniagaan. Mempelajari cara untuk mempromosikan produknya. Disamping itu kemudahan di Pusat Internet seperti Internet digunakan untuk mencari maklumat serta kemudahan yang disediakan disini.