mcmc
Kisah Kejayaan

Q3-2025-CELIK ICT-MUHAMMAD ADLI FARHATULLAH BINTI MAT NOOR

Latar belakang

Muhammad Adli Farhatullah Binti Mat Noor merupakan pelajar tingkatan 5  di Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang. Beliau merupakan anak ke-3  daripada 5 orang adik beradik.Beliau aktif dalam aktivit sekolah termasuk  juga aktif dalam kokurikulum dan merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas. Beliau merupakan ahli NADI  Kampung Mempateh yang sangat aktif  dimana sering menggunakan NADI untuk membuat kerja sekolah dan mencari bahan rujukan di dalam internet. Beliau juga menyertai pertandingan E-Sukan mobile legend yang diadakan di NADI dan mendapat tempat ke-16 terbaik Pahang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum adanya NADI, semasa di sekolah beliau sering menghabiskan masa di perpustakaansekolahnya untuk mencari bahan rujukan bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.Beliau juga membeli buku rujukan untuk memudahkannya belajar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau sering ke NADI menggunakan komputer dan internet bagi membuat kerja sekolah, dan juga kerja kursus yang diberi oleh gurunya. Disamping itu beliau juga menggunakan kemudahan yang disediakan di sini untuk print kerja sekolah, aktif mengikuti kelas Dilea serta kesedaran dalam E- sukan yang dianjurkan di NADI.