mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK ICT-NUR AMIRA BATRISYIA BINTI AZAN 

Q1-2025-CELIK ICT-NUR AMIRA BATRISYIA BINTI AZAN 

Nama : Nur Amira Batrisyia Binti Azan

umur : 17 Tahun

Ahli : 2019

Latar belakang
Nur Amira Batrisyia Binti Azan merupakan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang. Beliau merupakan anak pertama daripada 2 orang adik beradik.Beliau aktif dalam aktivit sekolah termasuk juga aktif dalam kokurikulum dan merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas dan juga seorang pengawas. Beliau merupakan ahli NADI Kampung Mempateh yang sangat aktif dimana sering menggunakan NADI untuk membuat kerja sekolah dan mencari bahan rujukan di dalam internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum adanya NADI, semasa di sekolah beliau sering menghabiskan masa di perpustakaan
sekolahnya untuk mencari bahan rujukan bagi menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas adanya NADI, sering dating ke NADI menggunakan komputer dan internet bagi membuat kerja sekolah . Disamping itu beliau juga menggunakan kemudahan yang disediakan di sini untuk print kerja sekolah, aktif mengikuti kelas Dilea yang dianjurkan di NADI.