Utama
Kuching, Sarawak | 6 Julai 2026 – Sekitar suasana Majlis Apresiasi NADI seliaan TM 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung dengan jayanya di Kuching, Sarawak.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada siri Majlis Apresiasi NADI seliaan TM 2026 yang dianjurkan di beberapa negeri melalui kerjasama TM Technology Services Sdn. Bhd. (TM) bersama rakan teknologi, MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. (MSDDI).
Penganjuran majlis ini bertujuan menzahirkan penghargaan kepada para petugas NADI atas komitmen, dedikasi dan sumbangan berterusan mereka dalam memperkasakan komuniti setempat melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif di NADI.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pejabat NADI MCMC, Dr. Mohd Arif Adenan, serta Pengarah Kanan MCMC Wilayah Sarawak, En. Adiman Ajem, yang bersama-sama menyampaikan penghargaan kepada para petugas NADI.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala usaha serta komitmen yang telah dicurahkan. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan dan memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti pada masa akan datang.
#NADIMCMC
#NADIMADANI
#IniNADILah







USAHAWAN KG MEMPATEH-FADHLINA BINTI NAWAWI
Nama Fadhlina Binti Md Nawawi Umur 37 Tahun Email fadhlina83@yahoo.com No. Telefon 017-5480086 Alamat Kampung Tedong,28500 Lanchang Pahang. Tahun menjadi Ahli PI1M 17 April 2015 […]
KISAH KEJAYAAN- NIZA BINTI ABDUL MANAF
Nama Niza Binti Abdul Manaf (Qaseh Niza Perfume) Umur 46 Tahun Email Hairida2005@gmail.com No. Telefon 0179522840 Alamat No. 32 Perumahan banjir Kg Mempateh, 28500 Lanchang Pahang. Tahun menjadi Ahli […]
USAHAWAN KG MEMPATEH-FADHLINA BINTI MD NAWANI
Nama Fadhlina Binti Md Nawawi Umur 37 Tahun Email fadhlina83@yahoo.com No. Telefon 017-5480086 Alamat Kampung Tedong,28500 Lanchang Pahang. Tahun menjadi Ahli PI1M 17 April 2015 […]
NOTIS PENUTUPAN PEDi
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PUSAT INTERNET KG MEMPATEH Dimaklumkan penutupan sementara operasi PI KG MEMPATEH pada 29 APRIL 2020 SEHINGGA 12 MAY 2020 berhubung dengan kelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 4 disebabkan […]
NOTIS PENUTUPAN PEDi
MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI PUSAT INTERNET KG MEMPATEH Dimaklumkan penutupan sementara operasi PI KG MEMPATEH pada 15 APRIL 2020 SEHINGGA 28 APRIL 2020 berhubung dengan kelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) […]
PERHATIAN KEPADA SEMUA
Pusat Internet tidak akan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April2020.#stayhome#dudukrumah#hapuskancovid19
PATUHI ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA
#StayHome #DudukRumah #HapuskanCovid19MusnahkanIa


