Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Mempateh terletak 2.4 km daripada pekan lanchang ia juga berdekatan dengan Tol Lanchang. Ia terletak di Mukim Semantan 1 Daerah Temerloh di bawah Penghulu Encik Rizal Izualfian Bin Ramly serta mempunyai populasi penduduk sebanyak 2000 Orang. Adun Kawasan Lanchang disini ialah YB Encik Hassan Bin Omar, manakala Ahli Parlimen Temerloh ialah YB Hajah Salamiah Binti Mohd Nor. Disini terdapat 2 sekolah menengah dan 2 sekolah rendah,Sekolah Kebangsaan Dato Bahaman serta Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Terua serta Sekolah Kebangsaan Lanchang.Terdapat sebuah klinik berdekatan dengan pekan lanchang untuk memudahkan kami menerima rawatan.
Kampung mempateh juga mempunyai 6 buah kampung yang berdekatan dengannya,iaitu Kampung Paya Laman,Kampung Teris,Kampung Jergoh,Kampung Tedong,Kampung Lubuk Kawah dan Kampung Cempaka.Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Mempateh juga turut berkongsi bangunan yang sama dengan Pejabat Penghulu Mukim Semantan 1.ia merupakan lokasi yang strategik yang mudah dicari dan juga menjadi tempat tumpuan orang ramai kerana kawasannya berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit serta bangunannya berada di tepi jalan besar.